Saturday, February 17, 2007

~LELAKI ACUAN AL-QURAN~

Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah.

Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki Acuan Al-Quran..
Adalah lelaki yang menghormati Ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki Acuan Al-Quran..
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang diakhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki…..Yang tidak terpesona dengan buai dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah idamannya…..

0 comments: