Thursday, October 26, 2006

antara sabar dan mengeluh

Antara Sabar dan mengeluh Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain karena wanita itu pasti disebabkan tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apa katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan orang pun menyekutui aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, " hal apakah yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada saat itu dua orang anakku yang sedang bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, maukah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya berbaring dan disembelihnya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah mengalir keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu hingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melepuh kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah kahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh islam dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dalam setiap terkena musibah dan cubaan dari Allah SWT. Karena itu Rasulullah SAW bersabda dalam firman Allah SWT dalam sebuah hadis Qudsi:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Karena itu Rasulullah SAW bersabda:

" Tiga macam dari tanda kekafiran terhadap Allah SWT, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya untuk pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

READ MORE

lima jari menyimpan rahsia

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

READ MORE

Wednesday, October 25, 2006


READ MORE

Monday, October 23, 2006

SELAMAT HARI RAYA


READ MORE

Saturday, October 21, 2006

~HARI RAYA YANG BAKAL MENJELANG~

Aidil Fitri datang lagi. Ia datang sebagai penutup puasa. Ia datang dihujung Ramadhan, menandakan masuk 1 Syawal. Aidil Fitri bukan hari bersukaria. Atau hari berpesta makan minum. Ia juga bukan hari untuk bermegah-megah dengan hiasan dan pakaian. Aidil Fitri adalah hari untuk pengisian rohani pada orang yang mengetahuinya. Mari kita lihat apa pengisian yang sepatutnya kita lakukan untuk Aidil Fitri.

1. Aidil Fitri adalah Hari Bertafakur.

Ia adalah hari untuk kita merenungi dan menginsafi perlakuan kita sepanjang Ramadhan. Apakah Ramadhan yangberlalu telah mendidik kita? Sudahkah Ramadhan meningkatkan mahmudah kita, menjadikan kita orang yang taat, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa,bersyukur, merendah diri dan berkasih sayang? Sudahkah Ramadhan menghilangkan mazmumah dalam diri seperti sombong, tamak haloba, cinta dunia, hasad dengki dan pemarah.

Jika ini tidak berlaku, maka kita telah gagal pada Ramadhan kali ini. Puasa kita menjadi sia-sia dan sekadar lapar dan dahaga. Puasa tidak membawa erti apa-apa kerana ia tidak mengembalikan kita kepada fitrah semulajadi.

Sedangkan natijah daripada puasa, sepatutnya, ia menyucikan fitrah dan menundukkan nafsu, seterusnya menjadikan kita orang yang bertaqwa.

RENUNG-RENUNGKANLAH..

2. Aidil Fitri adalah Hari Bersedih.

Sudah kita tahu betapa banyak dosa-dosa yang kita lakukan di bulan Ramadhan maka layaklah kita bersedih di AidilFitri. Di samping itu kita juga bersedih dengan ibadah yang hendak dipersembahkan kepada Tuhan AZZAWAJALLA kerana terlalu banyak kekurangan dan cacat-celanya. Apakah ibadah kita Allah SWT terima atau sebaliknya? Apakah ibadah puasa kita itu ada nilai di sisi Tuhan? Takut-takut ibadah tersebut bukan mendekatkan kita kepada Tuhan tetapi semakin jauh dengan Tuhan.

MOHON DILINDUNGI TUHAN

3. Aidil Fitri adalah Hari Melahirkan Kegembiraan.

Ia adalah hari di mana di mana kita menghiburkan hati insan-insan istimewa seperti anak-anak yatim, orang miskin, kanak-kanak, ibu tunggal, orang-orang tua termasuk ibu bapa kita. Tak terkecuali juga kepada orang yang bermusafir. Gembirakanlah mereka dengan kemesraan kita. Juga, jika tidak memberatkan, jamulah mereka dengan kuih-muih serta memberi hadiah.

4. Aidil Fitri adalah Hari Kesyukuran.

Ia adalah hari kita untuk bersyukur kerana Tuhan beri kesempatan kepada kita untuk menjalani berbagai ibadah di bulan Ramadhan terutamanya ibadah puasa. Buktikanlah kesyukuran kita itu dengan bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Buktikan ia juga dengan memperbanyakkan sedekah. Berharaplah dengan Tuhan agar Tuhan panjangkan umur untuk kita dapat bersama di Ramadhan yang akan datang.

INSYAALLAH...

5. Aidil Fitri adalah Hari Bersilaturahim.

Ia adalah hari kita berlapang dada, bermaaf-maafan dan melupakan segala persengketaan. Hari kita memohon maaf dan memberi maaf, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Juga,gunakanlah peluang ini untuk kita ziarah-menziarahi keluarga, sanak-saudaradan sahabat handai. Moga-moga dengan itu nanti, timbul kasih sayang sesama kita,

INSYAALLAH...

Demikianlah pengisian Aidilfitri yang sepatutnya bagi kita, sebagai panduan,agar Aidil Fitri kita mendapat berkat dan rahmat dari Tuhan.

......Sekian....

READ MORE

INGATLAH SEMUA SUPAYA TIDAK LUPA....

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela...Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudahYahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kadang-kadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18 SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mahu di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....

4. ..Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. .Bila bersukan,tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga .... Kalau menonton dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....Yahudi gol lagi......sampai ada ulama' kata...kerana sukan..sembahyang boleh tangguh...Masyaallah,..

5. .. Fun..

Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah dada artis perempuan....Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk....Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruk...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan....Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..

Makanan..Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yangmenjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadhan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram,masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH SWT...........

Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah SWT...... DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

READ MORE

JAUHI DOSA

Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa-dosa. Ia lambang kekukuhan iman.

"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang paling kuat beribadah."

(Hadis - Abu Ya'la)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalahamal yang paling utama.Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata:

"Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT."

Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan larangannya. Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang berpuasa tetapi masih bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam perjalanan ke kasino untuk memuaskan nafsu.Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat. Sentiasa memegang tasbih untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang kepada orang lain.

Orang yang mantap kefahamannya tentang agama mengetahui bahawa meninggalkan kemungkaran dan dosa,walaupun nampaknya kecil, teramat penting dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Maimun ibn Mahran telah berkata:

"Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yanglebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindariperbuatan maksiat."

Berkata Imam Sufyan at-Thauri:

"Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati Allah SWT, perbuatannya adalah seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang bernajis denganmenggunakan air kencing."

Sesungguhnya manusia tidak maksum. Insan ada kelemahannya. Kelemahan ini bukannya alasan untuk berterusan melakukan dosa, sebaliknya untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.

Pintu taubah sentiasa terbuka. Hadis ada menceritakan tentang seorang dari Bani Israil yang telah membunuh 100 orang, kemudian insaf dan bertaubat. Allah terima taubatnya.

Semoga kita sama-sama dapat ambil ikhtibar moga-moga setiap amalan yang kita lakukan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

INSYAALLAH.......

READ MORE

TANDA MALAM LAILATULQADAR

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadhan. Yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan."

(Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.
Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama - kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua - pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud:

"Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh."

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:

"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadhan"

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadhan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu. Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

~ Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadhan

~ Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu

~ Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu

~ Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna)

~ Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat

~ Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin

~ Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia

~ Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

# Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah

# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan

# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka

# Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

READ MORE

Saturday, October 14, 2006

kalam saidina ali


READ MORE

Thursday, October 12, 2006

pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tetinggi fatwa palestin..

Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut adalah:

Pertama:

Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah SAW mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa." (Riwayat Al-Bukhari)

Kedua:

Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagaimana firman-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Ketiga:

Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW: "Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor." (Riwayat Al-Hakim, disahihkan oleh Al-Albani)

Keempat:

Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka." (Riwayat At-Thabrani, sanadnya Hasan)

Kelima:

Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah SWT:Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. (At-Tahrim: 6)

Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:

1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.

2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.


3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.

4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.

5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.

6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.

7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.


8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus.

Pesan Rasulullah SAW: "Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain."(Riwayat Muslim)

READ MORE

MENCINTAI ALLAH SWT

Puji dan sanjungan kepada Allah dan Tuhan seluruh alam, selawat dan salam semoga dicurahkan kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia, Muhammad s.a.w, keluarga dan seluruh sahabatnya.

Sesungguhnya, cita-cita yang paling luhur dalam Islam adalah menjadi orang yang dicintai Allah, orang yang dekat denganNya dan menjadi kekasih dan waliNya. Jika seorang muslim ingin membanggakan diri, maka berbanggalah dengan ujian dari Allah, keberanian dan pengabdiannya untuk agama, dan memartabatkan kalimat "La ilaha illalah".

Cara-cara mencapai Cinta Allah:

* Al-Quran Al-Karim

Tiada kejayaan dan tiada kebahagiaan bagi umat ini selain membaca dan mempelajari Al-Quran.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Umamah r.a bahawasanya Rasulullah bersabda bermaksud:

"Bacalah Al-Quran kerana kelak pada hari kiamat ia akan memberi syafaat bagi para pembacanya".

Seluruh kandungan Al-Quran amat menakjubkan Allah s.w.t berfirman bermaksud:

"Katakanlah (hai Muhammad) telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al-Quran), lalu mereka berkata:'Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan.'" (Al-Jin: 1)

Demi Allah, orang paling baik, paling luhur dan paling mulia dari kita adalah orang yang hidup bersama Al-Quran.

Ibnu Mas'ud mengatakan: "Janganlah seseorang dari kamu bertanya tentang cintanya kepada Allah,tetapi tanyalah kepada dirinya tentang cintanya kepada Al-Quran". Jika engkau mencintai Al-Quran,maka engkau telah mencintai Allah dan seberapa besar cintamu kepada Al-Quran, maka sebesar itu pulalah cintamu kepada Allah s.w.t.

Al-Quran menjadi pendamping para sahabat, sedangkan kita berdamping
dengan benda yang tidak bermanfaat .

* Zuhud dan Menghilangkan Cinta Kepentingan Duniawi

Jika seorang hamba mengeluarkan cinta dari hatinya dan mengisinya dengan cinta kepada Allah, maka Allah akan mencintainya. Ada orang yang telah menjadi hamba dunia (mencintai kekayaan harta benda) sehingga tidak mampu menghadiri majlis ilmu serta tidak mampu memberi tumpuan dalam zikir dan membaca Al-Quran kerana dunia.

*Menghidupkan Waktu Malam dengan Beribadah

Allah berfirman: "Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam, dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).". Rasulullah s.a.w telah mendorong manusia agar mendirikan solat malam. Waktu mengerjakan solat malam ialah setengah jam atau sepertiga jam sebelum Subuh, meski hanya dua rakaat agar anda termasuk dalam orang-orang mengingati Allah pada waktu itu.

Di dalam As-Sahihain, Abu Hurairah berkata, Rasulallah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang tersisa, lalu Dia berkata: Adakah orang yang meminta, maka akan Aku berikan permintaannya? Adakah orang yang memohon keampunan, maka akan Aku ampuni kesalahannya? Adakah orang yang berdoa, maka akan aku kabulkan doanya?"

Perkara-perkara yang dapat membantu mendirikan solat malam sebagaimana yang dikemukakan para ulama, antara lain:

a. Mengurangkan maksiat di siang hari.

b. Membaca wirid sebelum tidur iaitu tasbih 33x, tahmid 33x dan takbir 33x.

c. Tidak berjaga dimalam hari.

d. Tidur sebentar di siang hari.

*Menghayati Ayat-ayat Allah dan KeagunganNya

Menghayati ayat-ayat Allah boleh mendorong anda beribadah kepadaNya. Ini adalah ibadah orang-orang soleh yang selalu merenungi ayat-ayat Allah yang jelas, semua ciptaanNya dan keindahan ciptaan langit dan bumi sehingga mereka kembali dengan keimanan dan keyakinan.

Ketika kita takut kepada Allah, maka bangsa-bangsa, orang-orang yang jahat dan para penentang takut kepada kita. Namun jika tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikan kita takut kepada mereka.

Jagalah Allah, Allah Menjagamu.
Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

READ MORE

NASIHAT AL-QAMAH: 5 CARA PILIH SAHABAT

Lima cara pilih sahabat NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

Ketiga

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima

Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ..

READ MORE

Thursday, October 5, 2006

KETAHUILAH OLEHMU

# Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia....
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha

# Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu

# Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu

# Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu... Allah SWT selalu berada disampingmu

# Ketika kau pikir bahwa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya

# Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu

# Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu

# Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.. Allah SWT telah memberkatimu

# Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu

# Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

# Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

READ MORE

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA
Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu
solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk
lagi tawadhu'
tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih..
berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..
meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba
itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN


"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan.
Oleh itu,sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan(ingatlah) , Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yangkamu lakukan."
(SurahHud :123)

READ MORE

Wednesday, October 4, 2006

BUDAYA BER"COUPLE" TIDAK ADA DIDALAM AGAMA ISLAM YANG SUCI INI

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH SWT lah tempat kembali yang baik (Syurga)."

(Surah Ali Imran: 14)

Berkata Imam Qurthubi:

ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita."

(Hadis Riwayat : Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata:

Rasulullah SAW bersabda:

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. "

(Hadis Riwayat : Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman:

"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman al-Jibrin ditanya:

Jika ada seseorang lelaki yang berdua-duan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau:

Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana berdua-duaan semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya:

Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?

Jawab beliau:

Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).

Sebagaimana firman ALLAH SWT:

" Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya."

(Surah al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan yang sebenarnya keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.

Jawabnya:

Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya:

Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.

Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda:

"Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli."

READ MORE

SURAT UNTUK SEMUA.....

assalamualaikum wbt...

Salam sejahtera pada semua.. Salam sejahtera pada perindu haruman syurga.. Salam sejahtera bagi yang ingin bertemu akan penciptanya. . Salam sejahtera kepada yang menginginkan perubahan dalam dirinya...

Sedikit warkah yang ringkas ini kutujukan pada seluruh kaum muslimin dan muslimat... mukmin dan mukminat yang sentiasa berada di bawah lembayung Allah SWT...

Hatiku sebenarnya terkilan apabila melihat suasana yang berlaku pada hari ini.. Suasana para pejuang islam yang kononnye sibuk melaungkan risalah suci ini... Budaya yang sebenarnya telah menular di kalangan kita.. Penyambung perjuangan risalah suci ini.. Budaya yang akharnya telah mencemari jiwa2 pejuang...

Allah SWT telah berfirman dalam al-quran:-

"Dan jangan lah kamu dekati zina"...

Saudaraku sekalian.. Sedarlah apa yang anda sibuk mengatakan hari ini hanyalah sia-sia jika anda tidak buang budaya ini.. Anda sibuk mengatakan sayalah penyambung risalah suci ini namun di masa lain anda sibuk bercouple.. Anda sibuk dengan hubungan lelaki dan perempuan.. Jika ini yang anda lakukan.. Anda bukan penyambung risalah suci ini.. Bahkan anda lah penghancur risalah ini..

Muslimin sekalian.. Pelbagai alasan telah kudengar akan perihal perkara ini.. "Kami hanye berchatting je.. x de jumpa-jumpa"..."Kami hanye kawan je.. Tidak ada perasaan nafsu dan tidak ade couple-couple"..." Kami hanya tukar nasihat.. Dia cerita problem dia saya cerita problem saya.. kami selain nasihat menasihati". ..

Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku (kaum Nabi Muhammad SAW) kerana mereka tidak mengetahui.. .

Sedarlah para pejuang sekalian.. Dalam islam tiada istilah kawan antara laki-laki dan perempuan.. tidak ada istilah cinta sebelum kahwin.. mengapa?? Kerana zina bermula dari sekecil-kecil perkara.. mungkin dari zina mata.. tapi akhirnya berakhir dengan zina faraj.. "Kami boleh control perasaan masing-masing".. Ingatlah syaitan pernah menipu moyang kita hingga terpaksa turun dari syurga.. Syaitan pernah menipu ahli ibadah yg beratus-ratus tahun sibuk dengan ibadah.. Apatah lagi untuk menipu kita yang solat pun hanya sekadar solat fardhu.. yang dalam solat pun khusuk hanya secebis... mudah sangat bagi syaitan untuk menipu kita...

Saudaraku sekalian.. Tidak kutulis warkah ini melainkan cinta nya aku pada umat akhir zaman ini.. Ingatlah! orang yang beralasan kami masih tidak boleh ubah kerana hidayah Allah belum sampai.. Saya belum betul-betul paham akan hubungan lelaki perempuan ini.. sebenarnye mereka hanya beralasan kerana sebenarnya mereka tidak mahu berhanti dari hubungan lelaki perempuan tersebut.. Kerana Allah berfirman:-

"Allah tidak akan ubah sesuatu kaum sehingga mereka ubah dirinya sendiri"

"Sesungguhnya orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami akan Kami tunjukkan ke jalan yang benar"

Jika benar anda ingin tinggalkan benda ini.. Sebenarnya anda akan tinggalkan ianya terus.. Tanpa beralasan.. Kerana hidayah Allah SWT hanya akan datang setelah anda bersungguh-sungguh meninggalakan perkara ini.. bukan dengan anda terus lalai...

Saudara seakidah sekalian.. Sebuah kisah yang berlaku.. Ketika mana seorang sahabat nabi memandang lama pada seorang wanita.. Ketika Nabi SAW melihat akan perkara itu.. Maka Nabi SAW MENAMPAR muka sahabat tersebut.. Cuba anda bayangkan.. Jika Nabi SAW berada di sisi kita.. Kita bukan hanya memandang.. Bahkan bersembang di YM.. Bertukar-tukar gambar antara satu sama lain.. Berbalas-balas sms.. Inikah pejuang risalah suci ini?

Akhir kata.. Aku mengajak saudara-saudari sekalian untuk sama-sama kita tinggalkan budaya hubungan lelaki perempuan ini.. Tidak kisah la kawan ke.. Couple ke.. Tukar-tukar nasihat ke... Semua itu tipu daya syaitan.. Jika anda tidak mahu tinggalkan sesungguhnya ianya langsung tidak merugikan diriku ini dan juga agama suci ini.. Hanye dirimu yang menempah tempat di neraka Allah SWT... Sesungguhnya pada hari ini saya berlepas diri dari maksiat yang anda lakukan.. Daku tidak mahu disoal mengapa tidak pernah nasihat kalian sedangkan telahku sampaikan...Allah berfirman:-

"Sesungguhnya aku berlepas diri dari perkara yang kalian lakukan"

Moga-moga Allah SWT terima warkah kecil ini dan menjadikannya amalan soleh bagi diriku...

Sedarlah saudaraku pintu pengampunan Allah SWT sentiasa terbuka menanti orang-orang yang ingin bertaubat...

Moga-moga kita dipertemukan di syurga yang sangat-sangat indah berbanding dunia yang fana dan penuh tipu daya ini..

READ MORE