Monday, July 28, 2008

REZEKI PERKAHWINAN

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.

Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku."

Riwayat Al-Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah


Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu." Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.

Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.

Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah"

(Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "

(Surah an-Nur : 32)

Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

READ MORE

MUJAHADAH (MEMERANGI HAWA NAFSU)

Kata "mujahadah" berasal dari kata "al-jihad" iaitu mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar. Namun demikian, kata al-jihad itu telah sering dipakai dalam erti perang sabil, memerangi musuh-musuh, dan membela diri dari serangan dan gangguan mereka.

Seorang ahli bahasa yang terkenal, Ibnul Atsir menerangkan bahawa al-jihad adalah memerangi orang kafir dengan sungguh-sungguh menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka, baik dengan perkataan atau perbuatan. Sebagaimana mafhum firman Allah

"Berjihadlah dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka"
(Surah At-Taubah: 20)

Kata jihad boleh juga diertikan dengan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

"Mencari (rezeki) yang halal itu adalah jihad".
(Hadith riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar)

Namun dalam dunia tasauf, kata jihad diertikan dengan memerangi hawa nafsu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya:

"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju
peperangan yang lebih besar"

Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:

"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati
musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah
orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan".
(Hadith riwayat Abu Daud)

Imam Qusayiri menerangkan bahawa mujahid ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya dalam kebanyakan waktunya. Imam Ghazali menerangkan erti mujahadah iaitu pengerahan kesungguhan dalam menyingkirkan nafsu dan syahwat atau menghapuskannya sama sekali.

Menurut Prof. Dr. Hamka bahawa perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada tiga bahagian.

Kalah sama sekali dengan ajakan hawa nafsu, sehingga dirinya ditahan dan diperbudak oleh hawa nafsunya sendiri, bahkan hawa nafsunya itu dijadikan tuhannya. Sebagaimana mafhum firman Allah, "Apakah yang engkau lihat (Muhammad) orang yang mengikuti hawa nafsunya menjadi tuhannya?".

Peperangan antara keduanya berganti-ganti, terkadang kalah dan menang, jatuh dan tegak. Orang yang begini yang patut disebut MUJAHID. Kalau dia mati dalam keadaan menang, matinya mati syahid. Kerana memerangi hawa nafsu itu lebih berat daripada melawan musuh yang kelihatan.

Orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya, sehingga ia dapat menguasai hawa nafsunya, bukannya dikuasai oleh hawa nafsu. Malah tidak diperbudakkan oleh hawa nafsunya. Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak seorangpun di antara kita yang tidak bersyaitan, saya sendiri pun juga bersyaitan. Tetapi sesungguhnya Allah telah menolong saya menghadapi syaitan saya, sehingga syaitan itu dapat saya kalahkan". (Hadith riwayat Ibnu Jauzi dan Ibnu Abdurrahman Salmi).

Umar bin Khatab juga mendapat darjat yang ke-3 ini kerana Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Umar, "Demi tuhan yang menguasai diriku di dalam tangan Nya, tidaklah engkau bertemu dengan syaitan pada satu jalan, melainkan syaitan itu menyingkir kepada jalan lain yang tidak engkau lalui". (Hadith riwayat Muslin dan Saad bin Abi Waqash).

Darjat yang ke-3 ini adalah darjat nabi dan wali. Ada pun yang disebut wali di sini ialah Waliur Rahman, yang disebut Allah dalam Al-Quran yang telah taqarrub kepada Allah dengan amal ibadahnya, bukan wali menurut sesetengah umat yang telah diperjual belikan oleh ulama-ulama yang mengubah-ubah pelajaran agama. Memerangi hawa nafsu adalah suatu perjuangan yang benar-benar berat, maka kalau manusia kurang berhati-hati tentu akan tergelincir dan kalah. Sehingga akan diperbudakkan oleh hawa nafsunya sendiri.

Dipetik dari:
Mempertajamkan Mata Hati
Oleh Ibnu Athoillah Assakandari

READ MORE

MISTERI TERBELAHNYA BULAN

MAHA BESAR ALLAH SWT ATAS SEMUA CIPTAANNYA

Allah SWT berfirman: "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"

Dalam wawancara di television bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr.Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah ?

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut :Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ. Cardif, Inggeris bagian barat,dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an.

Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya,"Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah" mengandung mukjizat secara ilmiah ?Maka saya menjawabnya: "Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak boleh diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak boleh menjangkaunya. .

Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad SAW sebagai membenakan atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah SWT dan hadits-hadits Rasulullah SAW, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Dan memang Allah SWT benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu".



Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari Mekah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad,kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek danmengolok-olok) ?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kalian inginkan ?" Mereka menjawab: "Cuba belahkan bulan ..." Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya.

Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar,"Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!".Akan tetapi para hadirin mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja"menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada ditempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya,
"Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?". Mereka menjawab, "Ya,benar.

Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali...!! !".Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir(ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya:"Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus" , dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ....." sampai akhir surat Al-Qamar."Ini adalah kisah nyata", demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar.

Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut,berdirilah seorang muslim warga Inggeris dan memperkenalkan diri seraya berkata, "Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan? " Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab:"Dipersilahkan dengan senang hati."Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur'an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah.

Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, maka surah yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah.... ...." Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan boleh terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang boleh melakukan hal itu???

Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran..Maka aku pun suatu hari duduk di depan television Inggeris. Saat itu ada sebuah diskusi hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa. Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan antariksa kebulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar.

Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata,"Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk membolehkan mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab, "Tidak, ..!!!Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri,maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapa pun.

Maka presenter itu pun bertanya, "Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya?" Mereka menjawab, "Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!" Presenter pun bertanya, "Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?" Mereka menjawab,"Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong dipermukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta parapakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali".

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, "Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad SAW 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!"".Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah ... (aku pun bergumam), "Maka,aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surah Al-Qamar, dan... saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam..

Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq


READ MORE

7 PERKARA YANG PELIK TAPI BENAR

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.

READ MORE

Saturday, July 26, 2008

MENJANA ISTERI SOLEHAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI


Dalam penghidupan manusia sejagat, lelaki dan perempuan berpasang pasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi. Segan ataupun malu kita sebagai anak gadis harus menerima setiap tahap penghidupan kita sebagai seorang wanita. Antara tahap yang bakal kita lalui ialah sebagai seorang isteri kepada sang suami, tetapi bagaimanakah kita untuk mencapai taraf sebagai isteri solehah yang dikehendaki oleh agama kita?.......

Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan?

· Menjaga nilai kemanuasian
· Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
· Menwujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
· Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
· Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan


Panduan untuk kita ikuti
01. Manhaj al-Quran al-Karim
Di dalamnnya terkandang banyak petunjuk dan pedoman untuk kita ikuti. Salah satunya surah an-Nisa, at-Talaq dan lain-lain.

02. Sunnah Nabawiyyah
Carilah mana-mana hadith yang berkaitan dengan dunia wanita kerana Saidatinah Aisyah sendiri merupakan seorang berpengetahuan luas dalam hukum-hukum berkaitan dengan kewanitaan sepertimana pernah di riwayatkan beliau telah mengajar seorang wanita Arab pada untuk mandi hadas besar/mandi junub secara hakiki.

Bagaimana untuk menjana isteri yang solehah?

01. Seorang isteri hendaklah mempunyai ilmu-ilmu rumahtangga.
Ilmu - ilmu yang dapat memperindahkan lagi susasan rumahtangga yang hormani. Ilmu ini banyak kita perolehi contohnya bertanya daripada orang-orang yang telah lama berkahwin ataupun melalui pembacaan

02. Penjagaan diri dalaman dan luaran
Seorang isteri hendaklah menjaga dirinya dari luar dan dalam agar dapat menambat hati suami. Contohnya senantiasa membersihkan tubuh badan dan berbau wangi .

03. Moral dan akhlak
Dalam hal ini, segala tingkah laku isteri haruslah terjaga.Apabila bergelar seorang isteri kepada seorang suami, semuanya akan berubah tidak akan sama pada zaman bujangnya. Tangungjawab pada suami didahulukan.

04. Spiritual dan kesabaran
Dalam hal ini ketaatan dan kepimpianan dalam menjadi sayap kiri suami harus cekap.Pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik tanpa menimbulkan pertelingkahan.Seorang isteri harus membentuk kendiri,memahami psikologi lelaki kerana penghidupan adalah berdua bukannya hanya memntingkan perasaan sendiri.


05. Meletakkan ajaran agama sebagai asas
Agama Islam telah mengajar kita tentang tangungjawab seorang isteri terhadap suami dan sebaliknya.Apabila kita mengamalkan agama maka secara totalnya kita mengamalkan isi kandungannya.

Berkata Said Hawa, usrah solehah adalah terdiri daripada
01. Thaqafah dan ilmu
02. Akhlak
03. Mempunyai wawasan masa depan
04. Penyusunan dan penyatuan hidup
05. Pelaksanaan

Ciri–ciri usrah solehah :

01. Pemilihan pasangan berasaskan orang yang bergama
02. Sentiasa kukuh dan teguh perhubungan
03. Hidup dalam suasana riang, tenteram, damai dan hormani
04. Memelihara syariat
05. Memandang dan menghormati agama
06. Dakwah dan tarbiyyah terlaksana
07. Senantiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah SWT.


"Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku, tetapi jika aku menyeleweng maka betulkan aku.... " -Saidina Abu Bakar R.A-


READ MORE

Friday, July 25, 2008

PERTANYAAN IBLIS

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah dipasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yang berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis(ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."


READ MORE

Thursday, July 24, 2008

JALAN MENUJU ALLAH SWT

Saudara-saudaraku, semoga dada anda dilapangkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa
jalan menuju Allah bukanlah satu jalan yang dipenuhi dengan wangi-wangian atau bunga-bungaan, sebaliknya ia diselubungi oleh ranjau dan duri.
Rasulullah saw pernah bersabda:

"Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup
dengan kesukaran keberatan." (Bukhari, Muslim)

Fahamilah saudara-saudaraku, lantaran kesukaran jalan inilah maka jarang
sekali orang yang melaluinya. Di antara yang menjalaninya pula jarang sekali
yang benar-benar menempuhnya. Di antara yang menempuhinya juga jarang pula
yang sampai kepada tujuannya dan berhasil mencapai apa yang dikejarnya.
Mereka yang berjaya itulah orang yang mulia pilihan Allah untuk makrifat
(mengenal) dan mahabbab (cinta) kepadaNya. Kita bermohon agar Allah swt
memasukkan kita ke dalam golongan yang beruntung dengan memperolehi
rahmatNya. Tanamkanlah ke dalam hati sanubarimu keazaman untuk menjalani
jalan ini. Renungilah firman Allah:


"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu
dengan bersungguh-sungguh, sedang ia seorang mukmin, maka mereka itu adalah
orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (Al Israa' : 19)

Ketahuilah, sesungguhnya kesukaran untuk menempuh jalan ini adalah tampak
dari segi lahirnya sahaja. Umpamanya anda terpaksa sembahyang lima waktu,
berpuasa sebulan Ramadan dan melakukan lain-lain peribadatan kepada Allah.
Sememangnya permulaan jalan ini ialah kesukaran tetapi kesudahannya ialah
kemudahan, atau permulaannya sabar dan kesudahannya syukur ataupun
permulaannya ialah kepahitan sedangkan kesudahannya ialah ketenangan jiwa,
ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati.

Dari itu jadikanlah kemahuan yang bersungguh-sungguh sebagai mahkota roh,
kekalahan menjadi belenggu nafsu dan mati menjadi pakaian badan kerana yang
akan menjadi tempat diammu adalah kubur. Seandainya saudara-saudara tidak
mampu mengalahkan kehendak hawa nafsu yang menyeru kepada kejahatan, tanpa
anda bermujahadah dan meletakkannya di bawah hukum-hukum agama, niscaya hati
anda tidak akan hidup dengan sinaran makrifat.

Kesungguhanmu untuk mendekati Allah akan segera disambut olehNya sebagaimana
sabda Rasulullah saw:

"Firman Allah: 'Jika seorang hamba mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku
mendekat kepadaNya sehasta, dan jika mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat
kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya
berjalan cepat.'" (Bukhari)

Firman Allah:

"Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan
sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al
Ankabuut : 69)

READ MORE

SIAPA AKU DI DEPAN TUHAN



Untuk renungan bersama...

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
Terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.




Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU . ....

READ MORE

Wednesday, July 23, 2008

KEAGUNGAN ALLAH SWT DALAM PENSYARIATAN PUASA

Oleh ROSLI MOKHTAR

ALLAH s.w.t adalah Tuhan yang menjadikan manusia dan dialah Tuhan yang maha mengetahui tentang makhluk yang telah dicipta dengan kudrat dan iradatnya.

Syariat Islam yang bersifat sempurna itu dijadikan penyelamat manusia agar kehidupan di dunia ini dipenuhi kebahagiaan dan akhirat pula mereka mendapat ganjaran.

Mengapa agama Islam dan ajarannya mampu menjadi penyelamat dan pembawa kebaikan kepada manusia? Jawapannya, kerana Islam adalah sebuah agama sederhana. Tidak melampau dan ekstrem dalam menangani sesuatu keadaan.

Islam amat mementingkan keseimbangan, sesuatu objektif yang ingin dicapai dalam masa yang sama tidak mengabaikan keperluan yang lain. Dakwaan ini dapat dibuktikan melalui pengamatan terhadap seluruh ajaran Islam yang suci. Bahkan dengan mengamati tuntutan puasa sahaja sudah menunjukkan keindahan dan keagungan Islam dalam menjaga keseimbangan serta keperluan manusia.

Boleh dikatakan bahawa puasa yang dituntut oleh Islam adalah puasa yang sederhana. Ia pertama sekali, mengambil kira antara tuntutan tuhan dan keperluan manusia.

Objektif puasa antaranya ialah menimbulkan rasa ketundukan kepada Allah, mengingati nikmat-Nya, menghargai pemberian Tuhan dan mengingati nasib orang lain yang malang. Puasa yang disyariatkan oleh Islam tidak terlalu ringan sehingga tidak mencapai objektif tersebut.
Dalam masa yang sama ia juga tidak terlalu sukar sehingga tidak dapat dilakukan oleh manusia atau hanya segelintir sahaja yang mampu menjalankannya.

Ramai kanak-kanak walaupun masih di sekolah rendah tapi berpuasa dengan penuh semangat. Mereka penat dan lapar ketika berpuasa. Kepenatan dan kelaparan yang sederhana mampu menyampaikan manusia kepada objektif puasa. Tetapi dalam masa yang sama, ibadat puasa juga tidak terlalu lama.

Masa yang dilalui dari terbit fajar hingga terbenam matahari adalah cukup membuat manusia merasai kesan meninggalkan keperluan kemanusiaannya. Apa akan terjadi jika puasa berlalu sehari semalam? Sudah tentu ia terlalu panjang dan mengerikan.

Begitu juga jika dilihat dalam hitungan hari, jumlah tuntutan sebulan dalam setahun adalah sederhana, dan apa akan terjadi jika manusia disuruh berpuasa selama enam bulan misalnya?
Ada agama yang tuntutan puasa mereka terlalu sukar sehingga tidak boleh makan dan minum berhari-hari lamanya. Begitu juga ada agama yang puasanya terlalu mudah kerana hanya berpuasa waktu malam sahaja atau puasa bagi mereka meninggalkan beberapa jenis makanan sahaja.

Sudah tentu dengan tidak mengekang nafsu, tidak ada sebarang kesan pendidikan yang dapat ditimbulkan daripada puasa tersebut. Atau jika adapun kesannya amat terbatas.
Orang yang berpuasa dengan tidak makan makanan yang berdarah mungkin hanya bertujuan untuk menghormati binatang. Faedah dan kesan puasa sedemikian sudah tentu amat terbatas.
Semua agama mengakui bahawa puasa boleh meningkatkan hubungan dengan tuhan. Kita juga jarang mendengar orang mati kerana berpuasa.

Jika keadaan tersebut boleh berlaku kepada individu tertentu seperti pesakit kencing manis misalnya, maka Islam sendiri yang bertindak melarang individu yang mendapat mudarat dari menjalankan ibadat puasa.

Banyak kajian menunjukkan puasa bukan memudaratkan bahkan ia pula mampu menjaga kesihatan manusia. Tuntutan berpuasa hanya di siang hari, merupakan bukti keseimbangan tuntutan puasa antara mendidik manusia dan menjaga kepentingan mereka.

Bila membincangkan tentang keseimbangan tuntutan puasa, apa yang menakjubkan ialah puasa bukan sahaja menitik beratkan keseimbangan dalam tuntutan individu tetapi puasa juga memberi penekanan terhadap keseimbangan antara individu dan masyarakat.

Allah boleh mensyariatkan puasa dengan tidak mengikatnya dengan bulan tertentu. Contohnya Tuhan boleh berkata: “Wahai manusia, puasalah 30 hari dalam setahun, pilihlah mana-mana hari yang kamu suka. Namun ia tidak berlaku demikian, ini kerana puasa bukan sahaja mementingkan pendidikan individu tetapi puasa juga mempunyai objektif yang berbentuk kemasyarakatan” .

Seluruh umat Islam berpuasa dalam masa yang sama, di bulan yang sama, berhari raya dimasa yang sama. Pergilah ke seluruh pelosok dunia pada bulan Ramadan. Selagi mana anda bertemu dengan orang Islam, anda akan mendapati mereka sedang melakukan ibadat yang sama.

Mereka berpuasa dan berbuka dalam masa yang sama. Selain itu, melakukan solat terawih secara berjemaah menghidupkan rasa berjemaah. Orang Islam diajar bahawa mereka adalah salah satu dari komponen masyarakat. Dia tidak boleh memencilkan diri. Dia berdoa semasa berbuka, membaca al-Quran setakat kemampuan individu tetapi ia dalam bentuk jemaah dari sudut keseluruhan umat melakukan tuntutan yang sama.

Bukan itu sahaja, rasa terpaut dengan umat akan lebih terserlah bila dia juga diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah yang menimbulkan tanggungjawab terhadap masyarakat. Bagi penerima zakat, dia diajar bahawa dirinya tidak diabaikan. Jika anda memerlukan maka inilah bantuan yang mampu diberikan.

* ROSLI MOKHTAR ialah Pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

READ MORE

USUL 20 AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA

1. Islam adalah satu system yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sah.


2. Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabi buta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat Hadith yang thiqah.

3. Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.

4. Tangkal, azimat, al-wad’ (sesuatu yang diambil dari laut seperti kulit kerang untuk menghindarkan sakit mata), al-ma’rifah (mengetahui sesuatu perkara dengan tanda-tanda awal untuk mencari barang kecurian, tempat orang sesat dsb), kihanah (pemberitahuan tentang perkara-perkara ghaib pada masa akan datang atau perkara yang tersembunyi di dalam hati orang lain) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong di dalam perkara ini merupakan perkara mungkar yang wajib diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma’thurah (datang dari Rasulullah SAW).

5. Pendapat Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh menerima andaian pelbagai segi dan yang berhubung dengan masalih al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah syara’. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan adat. Asal pada ibadat ialah ta’abbud tanpa melihat kepada makna-makna. Dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.

6. Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan sebulat hati. Akan tetapi jika berlawanan dengannya maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya lebih utama diikuti. Walau bagaimanapun kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkan keburukan peribadi-peribadi tertentu di dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka. Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang mereka lakukan.

7. Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum.

8. Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub.

9. Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah syara’. Di antaranya ialah banyak furu’ di dalam hukum hakam yang tidak berlaku, melibatkan diri di dalam makna-makna ayat Al-Quran yang ilmu belum sampai kepadanya dan bercakap tentang kelebihan di antara sahabat R.A. dan khilaf yang berlaku di kalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan dibalas menurut niat mereka, tambahan pula takwil adalah dibenarkan.

10. Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah setinggi-tinggi aqidah Islam. Ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih serta penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sebagaimana ia datang tanpa takwil dan ta’thil. Kita jangan cuba mendedahkan khilaf di antara ulama’ di dalam masalah itu. Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.

11. Setiap bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri.

12. Bid’ah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil dan bukti.

13. Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Karamah yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan dengan dengan syara’ serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak mampu untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup atau pun setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu kepada orang lain.

14. Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur, menyelimutinya, meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada perkara-perkara bid’ah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.

15. Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan salah satu makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada masalah furu’ (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan bukannya permasalahan aqidah.

16. Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang sengaja dikemukakan dengan tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan”.

17. Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara’ walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.

18. Islam membebaskan aqal. Menggalakkan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama’, mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.

19. Boleh jadi perkara yang diteliti oleh pandangan syara’ tidak termasuk ke dalam perkara yang diteliti oleh pandangan aqal, begitu juga sebaliknya. Sungguh pun demikian, pandangan syara’ dan pandangan aqal tidak bercanggah dalam perkara-perkara yang qath’i (muktamad dan putus). Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertentangan dengan kaedah syara’ yang tsabit. Perkara dzanni, dari kedua-duanya ditakwilkan, agar bersesuaian dengan qath’i. Sekiranya pandangan syara’ dan pandangan aqal masih berada di peringkat dzann, maka pandangan syara’lah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah pandangan aqal dapat mentsabitkan kebenarannya atau ia akan gugur dengan sendirinya.

20. Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:
· Mengakui kalimah kufur
· Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
· Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
· Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
· Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.

READ MORE