Saturday, February 23, 2008

SEDIKIT CORETAN DIRIKU DI NEGARA ORANG

assalamualaikum buat teman seperjuangan.

al-hamdulillah segala puji bagi allah swt yang maha kuasa yang mencipta sekalian alam. aku panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih di beri peluang untuk aku hidup d muka bumiNya.

emmm..sudah sekian lama buat diri ku yang dhoif ini tidak menulis ape2 didalam blog ini. dan akhirnya hari ini aku diberi peluang dan masa oleh allah swt untuk menulisnya.

sebenarnya tidak ade ape2 yang dapat aku tulis dan coretkan disini kerana aku bukan lah dari kalangan penulis2 ilmuan,sastera atau novel.tapi aku cuba untuk menjadi diri ku kearah yang lebih baik.insyaallah...ameen..

di kesempatan ini dapat lah aku berkongsi pengalaman yang aku lalui di bumi yang gersang penuh barakah ini dimana mesir adalah salah satu bumi para ambiya' dan solihin.
penuh dengan alim ulama' yang terkenal dengan keilmuannya.

mudah-mudahan kami tergolong dari golongan itu.insyaallah...

pertama kali aku melangkah kaki ku kesini dengan penuh berat hati tapi sengaja disorokkan dari pengatahuan ma dan abah kerana disini lah hasrat mereka untuk diriku berada.entah mengapa pada pikiran ku lebih seronok ketempat lain berbanding mesir.tapi semuanya telah ditentukan oleh yang khalik maha kuasa.maka berada jugalah aku disini..

setelah beradanya aku dibumi mesir ini pelbagai perasaan yang aku hadapi...sedih...takut..bosan dan pelbagai lagi yang tak dapat digambarkan kepada sesiapa just diriku je yang tahu..
tetapi tak aku lupa ade sedikit gembira dihatiku.. he he he....

tapi gembira tu bukan sebab aku dapat sampai kesini....tapi akulah orang yang pertama dalam keluaraga ku yang ke luar negara...

seminggu dua minggu di sini bosan yanga teramat yang kurasakan tapi al-hamdulillah masih terkawal lagi.itu pun sebab ramai kawan2 yang aku kenal masa exam diploma di Darul Quran dapat berjumpa kembali....seminggu..dua minggu sebulan selepas aku sampai..pihak pengurusan pelajar (kawan2 aku yang seniorla) sibuk menguruskan kami untuk menjadikan lebih selesa dan betah berada disini.syukran jazilan pada senior2ku..jasa mu tak dapat ku balaskan.. hanya allah swt yang tau kebaikanmu..mudah-mudahan akan di beri ganjaran kebaikan yang berlipat ganda oleh allah yang maha kuasa..

setelah pengurusan kami selesai maka aku d tauzikkan(
diedarkan@istilah lain dihantar) ke penempatan yang tetap.gembira dalam hati cz tak yah lagi duk kat umah tumpang n markaz.tapi sedikit terkejut cz aku ditauzikkan ke tempat yang jauh sedikit dari maahad dan kawan2 lain.tapi apakan daya tak pandai nak buat ape2.maklumlah arab tak fasih..suh belajar malas padan ngan muka he he eh eh...

di pendekkan cerita...akhirnya aku dapat menyesuaikan diri ngan keadaan sekeliling...yang mana aku tinggal di kawasan kampung bernama ABUD....dan mempunyai kenalan arab yang ramai la juga katakan...baik yang tua atau yang muda hinggalah kanak2....semua baik ngan aku tapi ade gak la yang segelintir pandang lain macam..maklumlah kita orang luar...memang menjadi adatla kan setiap mana2 anak rantau....

hari demi hari pelbagai keadaan yang aku lalui...sehingga la terjadi satu peristiwa yang tak dapat ku lupakan dimana aku diganggu oleh gadis2 arab.pening kepala aku dibuatnya..cz ade sorang dua didalam bas tu memandang semacam pada ku...tapi bukan salah ku pun.gadis arab tu yang meggatal....aku buat dek je la...semakin aku tak layan semakin miang plak gadis arab tu...sehingga la aku dimarahi oleh sorang nenek tua di dalam bas dengan kata2 yang tak elok.masa tu perjalanan ku ke ma'ahad...mula2 aku biarkan je la...tapi lama-lama menjadi kecoh sehinga membuat diriku tidak senang dan takut terjadi yang tak baik padaku.

akhirnya aku mengalah dan turun bas...dah la lewat masa tu nak p kuliah..terpaksa la naik bas lain plak...sampai ma'ahad aku menjedi sedikit lega cz ada dua tiga orang kawan aku pun baru sampai... so ape lagi join dia orang la sama2 masuk kelas..begitu la yang aku hadapi semasa aku tinggal di ABUD sehingga berpindah ke ST.TRESA...

bersambung.......






READ MORE