Wednesday, October 3, 2007

ISU GADIS ISLAM DAN BABI

Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin, DVM UPM di dalam tulisannya.

Walaupun telah disemak oleh Prof. Dr. Rasedee Abdullah, Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia masih tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenar.

Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?


Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut.

Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli,
asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar.

Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah 'kasih-sayang' yang terlampau.

Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang.

Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian.

Apakah ini juga salah satu bentuk 'deraan' oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?

Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya ?mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan.

Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu.

Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu.
Lagipun, amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan.


Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram.

Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan.

Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam.

Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara.

Hukum fikah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat.
Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi
mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi?

Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri.

Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test?
Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh.

Mana letaknya akhlak dan adab serta budaya sopan kita selama ini?

Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat.


Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah 50 tahun kita merdeka?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya.


Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam.
Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat.


Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya.
Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya.

Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu.

Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini.

Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah itu dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing.

Ini kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang KURANG diAJARi oleh guru mereka.

OLEH : Ustaz Muhammad

DIPETIK DARI EMEL SAHABAT.....

READ MORE

Wednesday, May 30, 2007

KALAU DAH DIHATI,DIMANA-MANA PUN JADI




WOULD YOU?? *~O Allah you are my Lord! None has the right to be worshipped but You. You created me and I am Your slave, and I am faithful to my covenant and my promise as much as I can. I seek refuge with You from all the evil I have done. I acknowledge before You all the blessings You have bestowed upon me, and I confess to You all my sins. So I entreat You to forgive my sins, for nobody can forgive sins except You*~


READ MORE

TEMUDAGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam.

Semoga berjaya dalam temuduga ini.

READ MORE

Monday, May 28, 2007

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

"Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/ kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

READ MORE

TUDUNG NIPIS,BAJU SINGKAT,SELUAR KETAT

"Bicara kali ini tentang batas aurat,

Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.


Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa


Tudung nipis terbayang rambut,
Atau rambut terjulur kerana singkat,
Kain dililit kepala pakai ikat,
Jambul tertonjol rasa hebat.


T-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.


Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.


Seluar ketat menjadi pakaian,
Tak beza lelaki dan perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan


Apa jadi dengan remaja,
Islam namanya, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba,


Allah murka Syaitan senang,
Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
Dihumban ke neraka cukup malang.


Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.

READ MORE

Friday, April 20, 2007

MALAM PERTAMA...SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..

Hantarannya. .
sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan. .
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..Atau terkubur bersama dosa-dosa...Dan Dia Kekasih itu..Menetapkanmu ke syurga..Atau melemparkan dirimu ke neraka..Bagaimana? Terasa hendak menjadi 'pengantin' tersebut?

Marilah bersamamuhasabah diri.
Kita hanya insan, mudah terleka dek godaan syaitan...
Wallahualam

READ MORE

Sunday, April 8, 2007

SELEMBAR BULU MATA

Semoga kisah ini memberi iktibar dan kesedaran kepada kita yang banyak dosa ini...

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah,mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Tetapi dia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan?

Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga,"Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan,"Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijmasukkan ke dalam neraka jahanam.Padahal,rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja,menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang,aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.

Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka saya, selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan
dari neraka dan dihantarkan ke syurga.


Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

Wassalam.

READ MORE

Thursday, April 5, 2007

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM PADA ANAKNYA

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasamenerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebihmudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layakmenjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akanmengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kanmenghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya sesuatu barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, keranamanis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14- Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkaut idak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masihmahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

- Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu janganmengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akanmenyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga bermanfaat,

Wassalam.

READ MORE

Tuesday, February 20, 2007


READ MORE

Saturday, February 17, 2007

~LELAKI ACUAN AL-QURAN~

Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah.

Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki Acuan Al-Quran..
Adalah lelaki yang menghormati Ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki Acuan Al-Quran..
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang diakhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki…..Yang tidak terpesona dengan buai dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah idamannya…..

READ MORE

Sunday, February 11, 2007


READ MORE

KHUSUS UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab...

"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"

jawanan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..

"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

tetapi apabila kita memberikan jawaban ...

"dia tengah sembah tuhan dia"

kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawapan yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka. Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".

Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih baik.....

SILA KONGSI BERSAMA

READ MORE